Tradisi Pemujaan Dewa Dapur
Berdasarkan adat resam rakyat China, setiap keluarga pada hari yang
ke-23 bagi bulan ke-12 mengikut kalendar China akan mengadakan upacara
untuk memuja dewa dapur dan juga dari hari inilah bermulanya sambutan
perayaan Tahun Baru China.
Antara dewa-dewi dalam riwayat rakyat China, dewa dapur ialah dewa
yang paling bersejarah. Sejak lebih 2000 tahun yang lalu, penduduk China
telah mempunyai tradisi untuk memuja dewa dapur.
Khabarnya, dewa dapur ialah dewa yang menjaga dapur dan juga
mengawasi tingkah laku semua ahli keluarga. Dewa dapur juga dipuja
sebagai dewa penjaga sesebuah keluarga.
Pada masa lampau, semua keluarga akan menempatkan papan pemujaan dewa
dapur di dapur untuk disembah, manakala, gambar dewa dapur juga akan
digantung pada dinding dapur. Pada gambar dewa itu terdapat tulisan yang
berbunyi "Dewa Pengawas Dunia" ataupun "Ketua Keluarga". Menurut
riwayat rakyat China, semasa penghujung sesuatu tahun, dewa dapur akan
naik ke syurga untuk melaporkan kebaikan dan keburukan yang telah
dilakukan oleh keluarga yang diawasinya dalam sepanjang tahun itu kepada
dewa tertinggi di syurga. Maka, dewa tertinggi akan memutuskan nasib
keluarga itu pada tahun yang akan datang berdasarkan laporan dewa dapur
itu. Oleh sebab dewa dapur naik ke syurga pada setiap hari yang ke-23
bagi bulan 12 mengikut kalendar China, jadi upacara pemujaan dewa dapur
juga diadakan pada hari itu.
Pada hari upacara pemujaan dewa dapur itu diadakan, semua ahli keluarga
akan berkumpul di dapur pada waktu senja. Mereka akan menghidangkan
makanan di depan gambar dewa dapur dan membakar colok untuk memberi
penghormatan kepada dewa dapur. Antara makanan yang mesti dihidangkan
kepada dewa dapur ialah "tang gua", sejenis gula-gula yang sangat
melekit. Kononnya, dewa dapur sangat suka makan gula-gula itu, setelah
dewa dapur memakan gula-gula itu, mulutnya akan melekat. Jadi, apabila
dewa itu naik ke syurg, dewa itu tidak dapat memperkatakan keburukan
keluarga itu. Selepas upacara pemujaan yang ringkas, gambar dewa dapur
akan dibakar supaya dewa dapur dapat naik ke syurga bersama-sama asap
melalui cerobong dapur. Kemudian, pada malam sebelum Tahun Baru China
iaitu hari terakhir bagi sesuatu tahun, semua ahli keluarga akan
mengadakan upacara menyambut kekembalian dewa dapur dan menggantungkan
gambar dewa dapur yang baru pada dinding dapur. Oleh yang demikian, dewa
dapur yang baru dapat kembali ke dunia manusia bagi meneruskan tugasnya
untuk menjaga keluarga itu.
Menurut adat resam rakyat China, hari pemujaan dewa dapur juga dianggap sebagai permulaan bagi perayaan Tahun Baru China dan suasana seri perayaan juga semakin terserlah. Di sini, saya akan perkenalkan satu pepatah adat yang membayangkan cara penduduk China menyambut Tahun Baru China. Pepatah itu mengenai tata cara persiapan untuk menyambut ketibaan Tahun Baru China. Pepatah itu berbunyi: tujuh hari sebelum Tahun Baru China menyediakan "tang gua" untuk dewa dapur, enam hari sebelumnya membersihkan rumah, lima hari sebelumnya membuat tauhu, empat hari sebelumnya membeli daging, tiga hari sebelumnya menyembelih ayam, dua hari sebelumnya menguli tepung, sehari sebelumnya membeli minuman keras dan pada malam menjelang ketibaan Tahun Baru China, semua ahli keluarga akan membuat "Jiaozi" iaitu "Chinese dumpling" untuk dijadikan hidangan dan dimakan bersama-sama.
Kini istiadat pemujaan dewa dapur itu tidak lagi diamalkan oleh penduduk
di bandar, sebaliknya penduduk di kawasan desa masih memegang istiadat
itu. Walau bagaimanapun, hari ke-23 bagi bulan ke-12 kalendar China
telah menjadi tanda permulaan sambutan perayaan Tahun Baru China.
Belum Pernah Menang Dalam Bermain Poker Online ???
ReplyDeleteAtau Ingin Mendapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Modal Yang Sangat Minim???
Segera Daftarkan ID Anda di SmsQQ Yang MerupakanAgen Judi Online Terpercaya
Solusi Yang Tepat Hanya di www(.)SmsQQ(.)com
Kelebihan dari Agen Judi Online SmsQQ :
- Tidak ada settingan apapun dalam permainannya 1000%
- Minimal Deposit Hanya Rp.10.000
- Proses Setor dan Tarik Dana akan di selesaikan dengan cepat,tepat dan akurat.Hanya memerlukan waktu 1-2 menit (Jika Tidak Ada Gangguan)
- Kebanjiran Bonus disetiap Harinya
- Bonus Turnover 0.3%-0.5%
- Bonus Refferal 20% (Seumur Hidup)
-Customer Service bersedia melayani Anda Selama 24 jam dengan pelayanan yang begitu sopan dan ramah.
- Berkerja sama dengan 4 bank lokal : BCA-MANDIRI-BNI-BRI
7 Permainan Dalam 1 ID :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
BBM: 2AD05265
WA: +855968010699
Skype: smsqqcom@gmail.com
Tunggu Apa Lagi Bosku ?
Dapatkan Bonus New Member Terbesar Dari Axakartu Yang Merupakan Salah Satu Agen IDN Poker Terpercaya Dalam Melayani Pendaftaran Poker Online Indonesia.
ReplyDelete-Bonus Member Baru 50%
-Super Bonus Deposit 5% + 100%
-Bonus Hiburan Kartu JP Hingga 300K
-Bonus Deposit Harian 5%
-Bonus Mingguan Hingga 0,5%
-Minimal Deposit Bonus Member Baru 100K
-Minimal Deposit Super Bonus Deposit 150K
-Minimal Deposit Bonus Deposit Harian 100K
Bonus Mingguan Dibagikan Setiap Hari Kamis, Jika Capai Target TurnOver 1JT Bonus Akan Dibagikan.
Daftar Poker Online Indonesia
Poker Online
Situs IDN Poker
Poker Online Bonus New Member Terbesar
Agen Poker Indonesia
Daftar Poker Online
Poker Uang Asli Terbaru
AXAKARTU
Dewa88
Bagi Bonus Terbesar Indonesia